Kursus ini ditawarkan kepada pelajar supaya mereka dapat menjadi guru yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu, menguasai kemahiran kerja berpasukan dan pengalaman merancang dan mengelola program pendidikan jasmani dan sukan. Selain itu melalui kursus ini juga mahasiswa guru dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dalam menyelesai masalah yang berkait rapat dengan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan serta meningkatkan kemahiran komunikasi.