Kursus ini dapat memberi pemahaman tentang program dan perkhidmatan kesihatan sekolah di Malaysia. Guru pelatih didedahkan dengan pengalaman untuk merancang dan mengelola program tersebut bagi membolehkan mereka mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman di sekolah.


Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat mel;alui pengalaman sebenar melaksanakan Penyelidikan Tindakan di sekolah dengan tujuan penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran. Kursus ini juga sebagai persediaaan kepada pelajar ke arah menjadikan Penyelidikan Tindakan sebagai satu amalan dan sebahagian daripada tanggungjawab guru di sekolah


Kursus ini dapat melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan profesionalisme dalam bidang Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru